Apabila berleluasa –dan perlindungan itu dengan Allah SWT- dari kalangan manusia maksiat dan pengabaian terhadap syariat, atau kekurangan dalam mentaati Allah SWT dan menuruti perintahNya, lalu Allah SWT hendak menghukum dan membalasi mereka atas perbuatan mereka tersebut –semoga Allah SWT tidak memperlihatkan hari-hari itu (hari-hari hukuman dan balasan tersebut) kepada kita dan menghindarkan tindakan itu (hukuman dan balasan tersebut) dari kita-, maka Allah SWT akan menghamburkan puncak kemarahan dan kekecewaanNya ke atas mereka dengan menidakkan dan mencabut dari kalangan mereka kewujudan seorang pemerintah yang baik, dengan yang demikian bertebaranlah kekacauan, berpencaklah pedang-pedang, berlimpahanlah darah-darah, dan golongan yang kuat melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh mereka, malah turut binasa orang yang melakukan dosa dan maksiat tersebut di tengah kekacauan dan pertumpahan darah yang berlaku, sehingga alam itu bebas dan bersih dari mereka. Tidak terkecuali untuk binasa –dalam keadaan ini- golongan yang baik akibat dari perbuatan orang yang melakukan dosa, (kerana sesungguhnya) ketika api membakar ((ladang tumbuhan)), maka ia memamah segala yang kering termasuklah juga sebahagian besar tumbuhan yang subur yang berhampiran dengannya.
[Nizam al-Mulk, Siyasat Nameh, Perkara Satu, Perenggan 2]
29 Februari 2012
Nizam al-Mulk, Siyasat Nameh, Perkara Satu, Perenggan 2
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 respon:
Catat Ulasan